Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sokongan WhatsApp Untuk Peranti Android 2.2, iOS 6 Dan Windows Phone 7 Ditamatkan

WhatsApp merupakan salah satu aplikasi permesejan popular, digunakan oleh lebih 1 bilion pengguna seluruh dunia. Bergerak kehadapan, dengan keperluan beberapa ciri-ciri baru, pihak WhatsApp telah menamatkan sokongan untuk beberapa peranti disebabkan oleh kemampuan dan penawaran sistem operasi dan peranti yang menggunakannya.

Bermula daripada awal 2017 ini, iaitu bermula hari ini, sokongan untuk peranti yang menggunakan sistem operasi berkenaaan akan ditamatkan, iaitu:

  • Android 2.1 dan Android 2.2
  • Windows Phone 7
  • iPhone 3GS / iOS 6

Pihak WhatsApp mengalakkan pengguna menggunakan peranti dengan Android 2.3 dan terkini, Windows Phone 8 dan terkini, atau iPhone yang menjalankan iOS 7 dan terkini.

Selain daripada sokongan untuk sistem operasi ini, sokongan untuk BlackBerry juga akan ditamatkan sekitar pertengahan 2017 ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sokongan WhatsApp Untuk Peranti Android 2.2, iOS 6 Dan Windows Phone 7 Ditamatkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info