Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sokongan Untuk Windows Vista Akan Ditamatkan Dalam Tempoh 4 Bulan Lagi

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Windows Vista, mungkin sudah tiba masanya untuk anda naik-taraf sistem operasi anda. Seperti semua sedia maklum, setiap sistem operasi mempunyai had sokongan rasminya, dan untuk Windows Vista ia bakal berakhir pada 11 April 2017 kelak.

Selepas tarikh berkenaan, Microsoft tidak lagi akan menawarkan sokongan rasmi untuk kemaskini sekuriti bagi sistem operasi berkenaan, dan pengguna diminta untuk beralih ke sistem operasi baru.

Windows Vista

Selain daripada sokongan rasmi daripada Microsoft, beberapa penyedia perisian turut akan menamatkan sokongan untuk sistem operasi berkenaan – termasuk antaranya adalah beberapa pelayar web popular seperti Firefox.

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Windows Vista, anda boleh menaik-taraf sistem operasi anda kepada Windows 10 – atau mungkin juga kepada Windows 7 yang disokong sehingga tahun 2020 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sokongan Untuk Windows Vista Akan Ditamatkan Dalam Tempoh 4 Bulan Lagi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info