Ketahanan bateri ialah antara faktor pembelian sesebuah peranti oleh pengguna selepas faktor harga dan kemampuan kamera. Sejak pengenalan Android Marshmallow, peranti yang dapat bertahan dengan skrin terpasang melebihi 9 jam kini menjadi kebiasaan. Tetapi bagi mereka yang mahukan peranti dengan ketahanan yang lebih lama, YAAO 6000 dihasilkan.
Peranti keluaran China ini dilengkapi bateri sebesar 10900 mAh. Spesifikasi lain ialah skrin 5.5″ TFT 720P, pemproses MediaTek MT6735, RAM sebesar 1 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Kamera utama sebesar 13-Megapixel dan kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel. Harga jualan peranti berbateri gergasi ini ialah RMB 1499 (~!RM 980) sebuah.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "YAAO 6000 – Peranti Android Dengan Bateri 10900 mAh"