Ketika pengenalan Huawei Mate 9 tempoh hari, salah satu variasi yang turut diperkenalkan oleh Huawei adalah kerjasama dengan pihak Porsche Design, dan memperkenalkan Porsche Design Huawei Mate 9. Kini, pihak Huawei Malaysia berkongsi mengatakan ia bakal dipasarkan di Malaysia bermula 22 Disember, dan boleh dipra-tempah bermula esok, 13 Disember 2016.
Porsche Design Huawei Mate 9 ini hadir dengan cip pemprosesan Kirin 960, memori sehingga 6GB RAM, ruangan storan sehingga 256GB. Versi ini bersaiz sedikit kompak berbanding Mate 9 biasa, dimana ia membawakan skrin bersaiz 5.5-inci tetapi dilengkapi paparan 2K.
Melengkapkan peranti ini juga adalah dwi-kamera belakang berjenama Leica yang menawarkan gabungan kamera 20-megapixel dan 12-megapixel. Kamera hadapan pula menggunakan sensor 8-megapixel. Huawei menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan peranti ini, berbeza dengan penggunaan cap jari pada sejumlah peranti Huawei yang lain.
Porsche Design Huawei Mate 9 ini juga menawarkan rekaan bahagian tepi yang sedikit melengkung pada bahagian skrin, mahupun kerangka belakang.
Di Malaysia, ia akan ditawarkan dalam kuantiti yang terhad. Huawei mengatakan Porsche Design Huawei Mate 9 akan ditawarkan dalam warna hitam – dimana hanya lima unit ditawarkan di 11street dan juga Vmall. Selain daripada kedua-dua laman jualan ini, Huawei juga dijangka menawarkan beberapa unit melalui pengedar rasmi mereka pada 22 Disember kelak.
Baca : Pandang Pertama Huawei Mate 9 Porsche Design
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Porsche Design Huawei Mate 9 Boleh Dipra-tempah Bermula Esok – Berharga RM6999"