Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Memudahkan Pengguna iPhone Beralih Ke Android Melalui Sokongan Pendua Google Drive

Google dan Apple masing-masing sedia dalam persaingan untuk menarik lebih ramai pengguna menggunakan platform mudah-alih mereka. Terkini, dalam usaha menarik pengguna iPhone beralih ke peranti Android, Google memudahkan lagi proses memindahkan data dengan penggunaan Google Drive.

Kini, pada Google Drive untuk iOS, pengguna boleh membuat salinan pendua untuk buku alamat, kalendar, dan rakaman kamera. Dengan membuat salinan pendua berkenaan, ia sekaligus memudahkan anda untuk mengaksesnya pada peranti Android baru dengan serta-merta tanpa kehilangan sebarang data berkaitan.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin memindahkan data seperti SMS dan lain-lain, anda masih perlu menggunakan kaedah yang lain untuk memindahkan dari iPhone ke Android.

Mungkinkah dengan pengenalan fungsi ini, ia akan membuatkan lebih ramai beralih daripada iPhone ke peranti Android?

Baca: Switch to Android



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Memudahkan Pengguna iPhone Beralih Ke Android Melalui Sokongan Pendua Google Drive"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info