Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Instagram Kini Mempunyai Lebih 600 Juta Pengguna Berdaftar

Instagram merupakan salah satu perkhidmatan yang dimiliki oleh Facebook. Perkhidmatan memfokuskan perkongsian gambar dan video berkenaan telah memperlihatkan pelbagai fungsi baru ditambah pada tahun ini, termasuk antaranya adalah Instagram Stories dan juga Instagram Live.

Berkongsi mengenai perkembangan syarikat mereka, Instagram kini mengatakan mereka mempunyai lebih daripada 600 juta pengguna berdaftar. Menariknya, 100 juta daripadanya telah ditambah dalam tempoh 6 bulan yang lepas.

Dengan lebih ramai pengguna, semestinya kita akan melihat Instagram hadir dengan beberapa fungsi baru dalam memastikan mereka kekal aktif dari masa ke semasa.

Mungkinkah kita akan melihat Instagram mencapai lebih 1 bilion pengguna pada tahun 2017 kelak, sekaligus meletakkan ia dalam liga sama seperti Facebook Messenger dan WhatsApp.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Instagram Kini Mempunyai Lebih 600 Juta Pengguna Berdaftar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info