Sembang Maniac

Sembang-sembang je

BlackBerry Melesenkan Jenama Dan Pengeluaran Peranti Mudah-Alih Kepada TCL

TCL Communication merupakan pengeluar disebalik beberapa peranti, termasuk berjenama Alcatel dan juga Flash. Terkini, hari ini, mereka dan BlackBerry mengumumkan kerjasama eksklusif secara rasminya. Melalui kerjasama ini, TCL akan menjadi satu-satunya pengeluar telefon pintar berjenama BlackBerry, selain pada masa yang sama melesenkan perisian sekuriti daripada BlackBerry.

Perkara ini mungkin telah dijangka ramai, apatah lagi dengan DTEK50 dan DTEK60 yang telah sedia direkabentuk dan dipasarkan oleh TCL Communication.

BlackBerry sendiri sebelum ini telah mengatakan mereka tidak lagi akan merekabentuk dan mengeluarkan peranti mudah-alih, sebaliknya akan melesenkan ia kepada pihak lain. Dengan pengumuman bersama TCL Communication ini, ia sekaligus memudahkan lagi proses BlackBerry menjadi syarikat yang memfokuskan kepada perisian dan sekuriti.

Menariknya, pengumuman ini tidak meliputi beberapa negara yang mempunyai angka pengguna BlackBerry tinggi – seperti Indonesia, India, Sri Lanka, Nepal dan juga Bangladesh. Untuk negara ini, berkemungkinan kita akan melihat pihak BlackBerry bekerjasama dengan pengeluar tempatan ataupun mungkin mempunyai perancangan lain.

Selain BlackBerry, pihak Nokia juga turut telah melesenkan jenama mereka kepada HMD – yang mana akan memperlihatkan pengenalan telefon pintar Nokia berasaskan Android pada 2017 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "BlackBerry Melesenkan Jenama Dan Pengeluaran Peranti Mudah-Alih Kepada TCL"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info