Facebook Messenger sedia menawarkan fungsi panggilan audio secara berkumpulan baru-baru ini, dan selain daripadanya, kini, gergasi laman sosial berkenaan turut secara rasminya telah melancarkan fungsi panggilan video secara berkumpulan.
Melalui apa yang Facebook panggil sebagai Group Video Chat ini, ia menyokong panggilan video sehingga 6 orang – tetapi boleh disertai sehingga 50 orang (hanya boleh mendengar, dan video diterhadkan kepada enam pemanggil utama sahaja).
Fungsi ini ditawarkan untuk pengguna Android, iOS dan juga melalui web. Seperti biasa, pengguna boleh menambah rakan-rakan baru ketika dalam panggilan, selain menambah kesan khas seperti topeng 3D pada wajah anda ketika sedang membuat panggilan video.
Facebook Messenger Group Video Chat ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua bermula daripada hari ini, sekaligus membawa komunikasi melalui Facebook Messenger setapak lagi ke hadapan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Memperkenalkan Sokongan Panggilan Video Berkumpulan Sehingga 6 Orang Pada Messenger"