Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Vape Kini Dipercayai Boleh Menyebabkan Kemandulan

Isu vape di Malaysia nampaknya semakin dilupakan selepas menjadi isu negara di penghujung 2015. Beberapa negeri seperti Johor dan Melaka mengharamkan penjualannya sementara Negeri Sembilan membenarkan penjualan kepada mereka yang bukan beragama Islam. Pengamal kesihatan menyambut baik pengharaman vape kerana mempercayai ia membawa mudarat. Persatuan vape pula menentang pengharaman kerana mendakwa ia adalah alat yang baik untuk digunakan golongan yang mahu berhenti menghisap rokok. Kedua-dua pihak enggan mengalah dan membentangkan kajian tersendiri bagi menyokong hujah.

Vape-MandulDi Hong Kong sebuah kajian baru mendapati vape boleh menyebabkan kemandulan kepada pengguna. Sebanyak 13 alat vape popular di Hong Kong diujia oleh penyelidik dari Baptist University Hong Kong. Mereka menemui kandungan polybrominated diphenyl ethers (PDE) di dalam cecair vape adalah lebih tinggi berbanding yang ditemui pada rokok biasa. PDE ialah kompaun yang digunakan bagi mengelakkan cecair vape dari terbakar dan ia mengganggu hormon tiroid menjurus kepada masalah pada organ pembiakan.

Pada waktu yang sama kandungan polycyclic aromatic hydrocarbons (PAH) yang terhasil akibat pembakar cecair vape pula adalah sejuta kali ganda lebih tinggi berbanding udara biasa. PAH ialah karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser. Kajian Baptist University ini digunakan oleh Biro Makanan dan Kesihatan Hong Kong sebagai hujah untuk mengharamkan jualan vape. Setakat ini 16 negara di dunia sudahpun mengharamkan penjualan atas alasan kesihatan. Tetapi menarik sekali negara yang sama tidak pula mengharamkan jualan rokok



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Vape Kini Dipercayai Boleh Menyebabkan Kemandulan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info