Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Humble Bundle Terkini Menawarkan Sejumlah Permainan Star Wars

Humble Bundle sering hadir dengan koleksi permainan khusus berasaskan kepada penerbit ataupun tajuk dan genre permainan berkenaan. Terkini, untuk tempoh dua minggu akan datang, pihak Humble Bundle hadir dengan promosi terbaru, dinamakan Star Wars Humble Bundle 2.

Seperti pada namanya, pihak Humble Bundle bekerjasama dengan Disney Interactive untuk menawarkan pelbagai permainan Star Wars kepada pengguna. Pada sumbangan minimum $1, pengguna akan menerima akses kepada empat permainan Star Wars, iaitu Rebellion, X-Wing Alliance, X-Wing vs TIE Fighter dan juga Galactiv Battlegrounds Saga.

Humble Bundle Star Wars

Bagi peminat tegar, anda turut boleh membuat sumbangan purata (pada harga $7.33 ketika artikel ditulis) yang mana akan memberikan akses kepada permainan X-Wing Special Edition, TIE Fighter Special Edition, Knights of the Old Republic, dan juga Knights of the Old Republic 2.

Beberapa penawaran tambahan lain turut disediakan melalui Star Wars Humble Bundle 2 ini. Koleksi permainan kali ini ditawarkan melalui Steam oleh pihak Humble Bundle.

Layari : Humble Bundle


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Humble Bundle Terkini Menawarkan Sejumlah Permainan Star Wars"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info