Xiaomi boleh dikatakan sering hadir dengan pelbagai penawaran aksesori. Kini bersempena dengan 11/11 atau Singles Day yang popular di China, Xiaomi nampaknya telah mengumumkan beberapa aksesori baru, termasuk salah satunya adalah penawaran seumpama Lego Technic, iaitu Mi Robot Builder.
Mi Robot Builder ini hadir dengan pelbagai komponen untuk membolehkan kanak-kanak, remaja mahupun pengguna dewasa untuk memasang dan memainkannya. Ia turut boleh dikawal menggunakan telefon pintar, selain menyertakan dua motor untuk pergerakkan, dan dilengkapi cip pemprosesan khusus untuknya.
Xiaomi seperti biasa menawarkan ia pada harga sedikit rendah berbanding pesaing lain. Mi Robot Builder ini dijual pada harga 499 Yuan (~RM307). Berkemungkinan besar, kita tidak akan melihatnya ditawarkan untuk pasaran Malaysia secara rasminya dalam masa terdekat ini.
Banyak lagi menarik FB kami
https://www.facebook.com/gambarpeliklucuorangkomen
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Hadir Dengan Penawaran Seumpama Lego Technic – Mi Robot Builder"