Sembang Maniac

Sembang-sembang je

BacaWorld – Persidangan Kandungan Digital Pertama Bakal Diadakan Pada Penghujung Januari Ini

Dengan perkembangan dunia teknologi, salah satu industri yang menerima kesan positif adalah industri kandungan digital. Pelbagai syarikat baru hadir dengan fokus terhadap kandungan digital, termasuk penerbit sedia ada yang mula beralih kepada arena penerbitan digital.


BacaWorld


Bersempena dengannya juga, kini sebuah persidangan dan pameran khas akan diadakan di Malaysia, dinamakan sebagai BacWorld. BacaWorld dianjurkan oleh Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mabopa) dan turut menerima sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Majlis Buku Kebangsaan.


Pada acara berkenaan, selain berkongsi mengenai industri penerbitan digital, beberapa perkara lain yang turut dijangka akan menjadi fokus adalah termasuk arena aplikasi mudah-alih, industri digital secara amnya, dan beberapa perkara mengenai inovasi digital.


Kami seperti biasa akan membawakan beberapa kemaskini menarik daripada acara berkenaan, dan anda yang mempunyai masa pada 30 Januari sehingga 1 Februari kelak turut boleh meluangkan masa untuk berkunjung ke BacaWorld yang diadakan di KLCC Convention Centre.


Layari : BacaWorld

Penafian : Amanz merupakan Portal Rasmi untuk BacaWorld.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "BacaWorld – Persidangan Kandungan Digital Pertama Bakal Diadakan Pada Penghujung Januari Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info