Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OnePlus One Dijangka Menerima Kemaskini Lolipop Pada Bulan Hadapan

Google telah menawarkan Android Lolipop pada bulan November lepas, dan sejak daripada itu pelbagai pengeluar telah menjanjikan peranti keluaran mereka akan menerimanya dalam tempoh sekitar 3 bulan. Buat masa ini, hanya Samsung sahaja yang telah menawarkan kemaskini tersebut kepada Galaxy S5, sementara pelbagai pengeluar lain masih dalam persiapan untuk pengenalannya.


Pengguna telefon OnePlus One juga masih menantikan kemaskini tersebut kepada peranti mereka. Akhir-akhir ini, pelbagai drama berlaku diantara CyanogenMod dan juga OnePlus, sehingga pihak OnePlus telah hadir dengan ROM mereka tersendiri yang telah mula ditawarkan dalam bentuk ujian alfa.


Apa pun, pihak CyanogenMod masih menyokong peranti berkenaan, dan mengatakan CM12 untuk OnePlus One akan hadir pada bulan hadapan. Buat masa ini, ia telah ditawarkan dalam bentuk nighlties, iaitu versi pembangunan yang masih belum stabil sepenuhnya.


Selain daripada OnePlus One, HTC One M8 dan Sony Xperia Z3 juga dijangka akan menerimanya dalam masa terdekat ini.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "OnePlus One Dijangka Menerima Kemaskini Lolipop Pada Bulan Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info