Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Vivo X9 Dan X9 Plus Bakal Mempunyai Dwi Kamera Hadapan 20 Megapixel

Dwi kamera pada bahagian belakang kini sudah mula menjadi trend selepas tidak diendahkan pengeluar lain apabila HTC One M8 menggunakannya. Apple, Huawei dan Xiaomi kesemuanya mempunyai peranti dengan sistem kamera ini. Vivo mahu melakukan kelainan dengan menggunakan sistem dwi-kamera pada bahagian hadapan.

vivo-x9-dwi-kamera-1

Teaser Vivo X9 dan X9 Plus yang akan dilancarkan 17 November hadapan memberikan petanda ia dilengkapi dwi-kamera hadapan dengan sensor 20 Megapixel. Spesifikasi lain yang diketahui tentang peranti selfie ini ialah pemproses Snapdragon 650 dan RAM sebesar 4/6 Gigabyte bergantung kepada model. Adakah dwi-kamera selfie akan menjadi trend terbaru peranti pintar tahun hadapan?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Vivo X9 Dan X9 Plus Bakal Mempunyai Dwi Kamera Hadapan 20 Megapixel"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info