Penghasilan kenderaan pemanduan automatik semakin giat dilakukan. TESLA menjadi peneraju teknologi ini dengan sistem pemanduan automatik sudah berfungsi sejak tahun lalu. Pengeluar lain tidak mahu ketinggalan dan membangunkan platform mereka sendiri. BMW bekerjasama dengan Baidu tahun lalu untuk menguji sistem pemanduan automatik di China dan India. Kerjasama mereka nampaknya tidak berkekalan dan berakhir semalam.
Pihak BMW dipetik menyebut kerjasama dihentikan kerana hala tuju yang berbeza dalam membangunkan sistem pemanduan automatik. Baidu kini menggunakan kenderaan buatan Chery dan Ford untuk menguji sistem mereka. Walaubagaimanapun Baidu masih akan berkongsi sistem pemetaan HERE yang dimiliki oleh konsortium yang dianggotai BMW.
Baidu masih lagi mensasarkan kenderaan pemanduan automatik mula beroperasi seawal 2018 dengan sasaran penggunaan meluas pada tahun 2021. Kerajaan China pula mahukan hampir kesemua kenderaan dipandu automatik menjelang 2030. Pencarian rakan kongsi kenderaan sedang dilakukan oleh Baidu. Mungkin Proton boleh berbincang dengan mereka memandangkan hubungan ekonomi China Malaysia yang sedang erat sekarang. Ini sekaligus dapat mempercepatkan pembangunan sistem pemanduan automatik di Malaysia.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Baidu Dan BMW Menghentikan Kerjasama Untuk Menghasilkan Kenderaan Pemanduan Automatik"