Twitter telah mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan platform Vine dalam beberapa bulan lagi. Pengumuman seperti ini biasanya dilakukan disebabkan oleh faktor kewangan, dan ia semestinya tidak diminati oleh para peminat Vine seluruh dunia.
Kini, lanjutan daripadanya, Giphy mengumumkan mereka akan menawarkan kemudahan untuk pengguna Vine memindahkan kandungan video sedia ada mereka ke Giphy dengan mudah. Kemudahan tersebut masih belum disediakan lagi, dan dijangka akan diperkenalkan Giphy dalam masa terdekat.
Pihak Twitter sendiri akan menamatkan aplikasi mudah-alih Vine sahaja, sementara kandungan melalui laman web Vine masih boleh diakses. Tetapi pengumuman seperti ini turut akan memberikan petanda yang mana web tersebut mungkin dihentikan selepas beberapa tahun (mungkin), dan Giphy mungkin salah satu alternatif yang ada.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Giphy Bakal Menawarkan Kemudahan Pengguna Vine Membawa Kandungan Ke Giphy"