Uber merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan pengguna ke sesuatu destinasi. Selain daripada kenderaan biasa, mereka juga kini telah mula menawarkan kenderaan pemanduan automatik di beberapa lokasi. Bergerak kehadapan, selain kenderaan di tanah, mereka juga ingin memudahkan pengguna ke sesuatu destinasi melalui udara.
Untuk tujuan tersebut, Uber baru-baru ini telah berkongsi kajian dan perancangan mereka untuk kenderaan terbang. Uber memanggilnya sebagai Uber Elevate – dan mereka lebih terbuka untuk bekerjasama dengan pengeluar kenderaan lain dalam menjayakannya.
Pengenalan kenderaan terbang ini juga sekaligus akan mengurangkan kesesakkan lalu-lintas, disamping membolehkan pengguna ke sesuatu destinasi jauh dengan lebih pantas. Uber menyasarkan untuk merealisasikannya dalam tempoh sedekad akan datang.
Selain Uber, beberapa syarikat lain turut melihat ke arena sama, termasuk Airbus melalui projek Vahana mereka, dan juga Larry Page (pengasas Google) sendiri yang telah membuat beberapa pelaburan dalam arena sama.
Mungkinkah dengan fokus pelbagai syarikat ini, kita akan melihat kenderaan terbang seperti dalam filem-filem barat direalisasikan dalam sedekad akan datang?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Uber Ingin Menawarkan Tempahan Kenderaan Terbang Dalam Tempoh 10 Tahun Akan Datang"