Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Model 5.5″ iPhone 8 Akan Dilengkapi Skrin OLED Melengkung

iPhone masih lagi menggunakan skrin LTPS sedangkan ramai pesaing sudah berpindah ke teknologi OLED. Skrin OLED lebih terang, mempunyai penghasilan warna lebih baik dan kurang menggunakan kuasa bateri. Sempena ulang tahun ke-10 iPhone tahun hadapan, kedengaran ura-ura Apple akhirnya akan menggunakan skrin OLED. Tetapi skrin OLED ini hanya akan digunakan pada model 5.5″ lengkap dengan skrin yang melengkung.

Skrin-sisi-paten-Apple3

Skrin OLED akan dihasilkan oleh Sharp dan bukannya Samsung seperti beberapa ura-ura yang didengari sebelum ini. Model 5.5″ iPhone 8 kelak akan dianggap sebagai model premium dan berbeza dengan model 4.7″ dan 5″ yang turut akan dihasilkan menurut laporan Nikkei Asian Review sebelum ini. Perbezaan teknologi skrin pada iPhone 8 ini mungkin akan menimbulkan sedikit rasa tidak puas hati oleh peminat peranti ini kelak. Kita masih mempunyai sebelas bulan sebelum iPhone 8 dilancarkan dan kami berharap Apple akan menggunakan OLED pada kesemua model tidak seperti ura-ura yang didengari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Model 5.5″ iPhone 8 Akan Dilengkapi Skrin OLED Melengkung"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info