Lenovo hari ini secara rasminya telah melancarkan penawaran Motorola terbaru untuk pasaran Malaysia, iaitu dua telefon pintar dibawah keluarga Moto Z – Moto Z dan juga Moto Z Play.
Di Malaysia, Moto Z Play ditawarkan pada harga RM1799, sementara Moto Z pula ditawarkan pada harga RM2699.
Moto Z adalah telefon pintar yang hadir dengan rekaan sangat nipis, dilengkapi skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan Quad HD, dan bateri berkapasiti 2600mAh yang menawarkan penggunaan sehingga 24 jam. Melengkapkan peranti ini adalah kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan 5-megapixel. Dari segi spesifikasi lain, Moto Z turut menyertakan cip Snapdragon 820, memori sehingga 4GB RAM, ruangan storan 64GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD sehingga 2TB, dan turut menyertakan pengimbas cap jari.
Moto Z Play pula merupakan telefon pintar keluarga Moto Z dengan kapasiti bateri lebih besar, dan dengan spesifikasi pertengahan. Moto Z Play menggunakan cip Snapdragon 625, memori 3GB RAM, ruangan storan 32GB, kamera belakang 16-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Ia menggunakan bateri berkapasiti 3510mAh dengan sokongan pengecasan pantas TurboPower. Lenovo mengatakan ia mampu menawarkan masa penggunaan sehingga 45 jam menggunaaknnya. Peranti ini turut hadir dengan lapisan kalis air, serta dilengkapi sokongan pengimbas cap jari.
Menariknya mengenai keluarga Moto Z ini adalah pengguna boleh menambah beberapa ciri-ciri tambahan seperti kamera, projektor, audio, bateri dan sebagainya melalui modul tambahan yang dijual berasingan, dinamakan sebagai Moto Mods.
Kedua-dua peranti ini boleh dipra-tempah melalui Lazada dan 11Street bermula 4 November 2016. 50 pelanggan pertama yang membuat pra-tempahan turut akan menerima JBL SoundBoost Speaker Mod secara percuma dengan pembelian Moto Z dan Moto Z Play.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Moto Z Dan Moto Z Play Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM1799"