Bersama-sama dengan pelancaran telefon pintar baru Moto Z dan juga Moto Z Play, pihak Lenovo turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan sokongan modul tambahan untuk kedua-dua telefon pintar ini yang dinamakan sebagai Moto Mods.
Moto Mods dihubungkan ke telefon pintar ini melalui sokongan magnetik – menjadikannya lebih mudah berbanding dengan penawaran LG untuk sokongan modularnya.
Terdapat sejumlah modul yang ditawarkan – termasuk antaranya adalah:-
- JBL SoundBoost Speaker – menawarkan sokongan audio tambahan, berharga RM599.
- Hasselblad True Zoom Camera – menawarkan sokongan rakaman gambar lebih baik, berharga RM1299.
- Insta Share Projector – menyertakan kebolehan projektor pada telefon pintar, berharga RM1399.
- Incipio offGrid Power Pack – menyertakan sokongan kuasa bateri tambahan, berharga RM499.
Bersama-sama dengannya, Lenovo turut menawarkan beberapa pilihan tambahan untuk kerangka belakang bagi Moto Z dan juga Moto Z Play.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Moto Mods Dilancarkan Untuk Memberikan Sokongan Tambahan Pada Moto Z"