Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Memulakan Penghasilan Cip Pemproses Berteknologi 10 nm

Samsung mengumumkan mereka telahpun memulakan penghasilan cip pemproses yang menggunakan teknologi 10 nm FinFET. Ini besar kemungkinan adalah permulaan penghasilan pemproses Exynos 8895 dan Snapdragon 830 untuk peranti Samsung Galaxy S8 yang akan dilancarkan Februari tahun hadapan. Teknologi penghasilan baru ini memberikan peningkatan kemampuan memproses sehingga 27% tetapi mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 40%.

Peranti Samsung seperti S7 Edge di pasaran sekarang dilengkapi pemproses Exynos 8890 dan Snapdragon 820 yang dihasilkan menggunakan teknologi 14 nm. Cip berteknologi lebih kecil ini bakal mengurangkan lagi penggunaan tenaga dan kos pengilangan. Antara ura-ura yang didengari setakat ini ialah Exynos 8895 adalah 70% lebih pantas dalam memproses gambar yang diambil menggunakan kamera.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Memulakan Penghasilan Cip Pemproses Berteknologi 10 nm"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info