Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Trailer Terkini Death Stranding Dipertontonkan

Death Stranding ialah projek misteri yang sedang dibangunkan oleh Kojima Production. Setakat ini hanya beberapa gambar, animasi logo Ludens dan trailer diperlihatkan. Projek di bawah arahan Hideo Kojima ini tidak diketahui genrenya. Trailer terkini untuk permainan ini akhirnya diperlihatkan hari ini dengan penampilan pelakon Mads Mikkelsen dan pengarah Guillermo Del Toro.

Sekali lagi pelbagai bangkai haiwan akuatik dipaparkan yang terperangkap di dalam cecair seakan minyak. Kesemua anggota tentera dan kenderaan mempunyai elemen organik. Trailer ini hanya menambah lebih banyak persoalan mengenai Death Stranding. Sejak diumumkan bilakah permainan ini akan menemui peminat juga masih belum diketahui. Tetapi seperti biasa permainan arahan Kojima jarang sekali mengecewakan walaupun peminat terpaksa menunggu dengan lama.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Trailer Terkini Death Stranding Dipertontonkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info