Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Hartawan Ali Baba Jack Ma Akan Ditawarkan Jawatan Penasihat Ekonomi Digital Malaysia

Kerajaan Malaysia menunjukkan keseriusan dalam membangunkan ekonomi digital negara. Di dalam pembentangan Belanjawan 2016, terdapat banyak inisiatif mesra e-ekonomi diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Semalam Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah mengumumkan kerajaan akan menawarkan Jack Ma jawatan sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia.

Jack Ma ialah hartawan yang merupakan pengasas Alibaba Group. Kepakaran beliau di dalam bidang e-dagang diharap dapat membantu Malaysia membangunkan industri ekonomi digital yang dijangka meletus dalam masa terdekat. Datuk Seri Najib Razak akan melakukan pertemuan bersama orang ke-33 terkaya di dunia ini ketika melakukan lawatan rasmi di China minggu ini.

Sekiranya di zaman Tun Mahathir dahulu kita diperkenalkan kepada Dasar Pandang Ke Timur untuk membangunkan industri berat. Kini negara sekali lagi memandang ke timur untuk membangunkan e-industri pula.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Hartawan Ali Baba Jack Ma Akan Ditawarkan Jawatan Penasihat Ekonomi Digital Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info