Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kini Anda Boleh Minum Kopi Dengan Gambar Selfie Kegemaran Anda

Selfie merupakan satu fenomena yang menjadi kegilaan para pengguna telefon pintar masa kini. Tabiat menangkap gambar sendiri ini pada mulanya disangkakan hanyalah tabiat biasa namun saban hari terdapat peranti dan juga aksesori telefon pintar yang dihasilkan turut memfokuskan tabiat selfie. Malah terdapat undang-undang bagi mengekang tabiat selfie. Jika sebelum ini kopi latte terdapat seninya tersendiri, kini mesin cetak untuk makanan turut digunakan untuk menghasilkan selfie pada kopi anda.

Trend kopi latte dengan cetakan gambar selfie ini bermula di Taiwan dan telah mula masuk ke Malaysia pada tahun lepas  apabila Selfie Coffee membuka kedai kopi pertamanya di Pulau Pinang. Tahun ini mereka telah membuka cawangannya di Sunway Pyramid dan Atria Petaling Jaya. Pengguna hanya perlu membuat pesanan kopi mereka dan kemudian merakam gambar selfie mereka menggunakan telefon pintar yang disediakan. Sekiranya terdapat gambar lain yang diinginkan, pelayan kedai kopi ini akan merakam gambar tersebut dari telefon anda. Kemudian mereka akan mencetaknya diatas whipped cream menggunakan mesin khas dengan dakwat semburan yang boleh dimakan.

Mungkin jika sebelum ini perihal mencetak gambar diatas makanan merupakan perkara biasa, perihal mencetak selfie diatas makanan serta minuman bakal menumpang populariti selfie yang masih tidak lapuk. Pada majlis kenduri akan datang ataupun pada musim perayaan mendatang mungkin para hadirin bakal menikmati makanan dan minuman yang dicetak dengan selfie tuan rumah serta keluarganya. Persoalannya sekiranya anda ke kedai kopi sebegini adakah anda akan meminum kopi dengan gambar selfie anda, atau gambar selfie orang lain?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kini Anda Boleh Minum Kopi Dengan Gambar Selfie Kegemaran Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info