Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Android M Developer Preview – Apa Yang Baru?

Google telah memperkenalkan Android versi baru yang bakal menyusul pada tahun ini, dan seperti biasa, mereka telah menawarkan Android M Developer Preview untuk peranti Nexus bagi membolehkan para pembangun mengoptimasikan aplikasi untuknya, selain turut mengetahui apakah sokongan serta fungsi baru yang akan hadir ke Android M versi akhir kelak.

Launcher Yang Dikemaskini

Android M Developer Preview

Pada Android M, Google memperkenalkan sejumlah penambah-baikkan berbanding versi Lollipop. Salah satu perkara yang diberikan nafas baru adalah launcher untuk Android M. Kini, pada app-tray, pihak Google menyusun aplikasi secara kebawah dan bukannya mengikut halaman seperti sebelum ini. Google memaparkan aplikasi terakhir atau yang sering dibuka pada bahagian paling atas, dan seterusnya menyusun aplikasi lain mengikut abjad ke bawah. Selain susunan aplikasi, susunan widget juga disusun sebegitu rupa.


Pilihan Tema Berwarna Gelap

Android M Developer Preview

Pada Android 5.0 Lollipop, kita sedia melihat penggunaan warna yang terang dan ceria. Walaupun ia menarik, tetapi kadang-kala, sebagai contoh ketika pada pencahayaan rendah (ketika malam), anda mungkin tidak inginkan penggunaan tema dan paparan yang cerah. Untuk tujuan tersebut, Google kini menyediakan pilihan penggunaan tema berwarna gelap pada Android M Developer Preview. Buat masa ini, penggunaan tema berwarna gelap ini hanya terhad untuk halaman tetapan sahaja – tetapi tidak mustahil untuk kita melihat ia diperluaskan kepada semua bahagian lain pada versi akhir kelak.


Sokongan App Permission

Android M Developer Preview

Android M Developer Preview

Menjadi salah satu fokus utama ketika pengumuman Google tempoh hari adalah fungsi App Permission. Jika anda menggunakan peranti dari China seperti Huawei, Xiaomi dan sebagainya, fungsi ini bukan sesuatu yang baru – tetapi ia agak menarik untuk melihat Google menyertakan fungsi App Permission ini pada Android – sekaligus membawakannya kepada keseluruhan ekosistem Android.

Melalui App Permission, pengguna boleh menetapkan apakah fungsi-fungsi yang boleh diakses sesuatu aplikasi dan apakah yang tidak boleh. Sebagai contoh, anda boleh tidak memberikan akses kepada aplikasi Facebook dan Chrome mengakses kamera pada peranti anda – sesuatu yang tidak boleh dilakukan sebelum ini.


Google Now On Tap

Google Now On Tap

Google Now On Tap

Google Now merupakan sokongan pembantu maya pintar daripada Google yang telah ditawarkan untuk beberapa tahun. Melalui Android M, Google menambah-baiknya dan turut hadir dengan sebuah sokongan baru dinamakan Google Now On Tap.

Melalui Now On Tap, fungsi pembantu maya Google menjadi lebih pintar, dan turut boleh memaparkan informasi berkaitan ketika anda menggunakan sesuatu aplikasi. Sebagai contoh, anda boleh membuka emel, dan kemudian bertanyakan kepada Google Now dengan menekan pada butang tengah pada peranti – seterusnya menyebut kata kunci yang ingin dicari berkaitan dengan kandungan emel anda. Ia kemudian akan memaparkan apa yang diinginkan pengguna serta-merta.

Buat masa ini, pada Android M Developer Preview, ia masih tidak diaktifkan sepenuhnya, dan dijangka hadir pada versi akhirnya kelak.


Kawalan Volume Yang Lebih Baik

Android M Developer Preview

Pada Android M Developer Preview, Google menambah-baik lagi kawalan volume pada peranti, dimana anda boleh mengurangkan volume sehingga minima, dan apabila mengurangkan lagi secara automatik cadangan Do Not Disturb disediakan. Selain daripada itu, kawalan volume individu untuk media dan sebagainya turut disertakan pada Android M Developer Preview.


Fungsi Multi-Window

Android-M-Multi-Window

Fungsi multi-window bukan sesuatu yang baru jika anda menggunakan peranti Samsung. Kini Google dilihat mungkin turut mengintegrasikan sokongan lebih kurang sama pada Android M Developer Preview. Google tidak mengumumkannya secara rasmi, sekaligus menjadikan tanda tanya sama ada ia akan terhad untuk tablet sahaja ataupun turut menyokong telefon (Android M Developer Preview menyokong fungsi ini pada telefon).

Apabila dipilih, pengguna boleh memilih beberapa mod paparan, dan pada telefon, sebanyak 2 aplikasi boleh dibuka pada waktu yang sama, sekaligus memudahkan lagi anda membuat tugasan. Sebagai contoh, boleh membuka aplikasi emel dan juga dokumen pada masa yang sama.


Lain-Lain

Android M Developer Preview

Android M turut menyertakan penambah-baikkan pada penggunaan bateri. Pihak Google memanggilnya sebagai Doze, dimana mereka menghentikan penggunaan sumber kepada pelbagai jenis sensor ketika peranti tidak digunakan, sekaligus menjimatkan penggunaan bateri peranti berkenaan.

Fungsi pilihan perkataan juga kini lebih mudah, dimana pengguna hanya perlu tap sementara dan apabila pengguna ingin menambah pilihan, hanya perlu swipe, dan perkataan seterusnya akan dipilih automatik – berbanding memilih satu demi satu huruf pada masa kini.

Disamping itu, Google juga turut memperkenalkan sokongan Android Pay untuk pembayaran, integrasi sokongan pengimbas cap jari, selain sokongan untuk USB Type-C.

Android M Developer Preview masih pada peringkat pembangunan, dan ia masih tidak stabil sepenuhnya. Terdapat juga kemungkinan beberapa fungsi yang diperlihatkan ini tidak hadir pada versi akhir sistem operasi berkenaan kelak.


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Android M Developer Preview – Apa Yang Baru?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info