Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Akan Lebih “Agresif” Dalam Arena Permainan Mudah-Alih

Sony pada bulan Mac 2016 yang lepas telah menubuhkan sebuah syarikat baru dinamakan ForwardWorks yang memfokuskan sepenuhnya kepada pembangunan permainan untuk telefon pintar. Namun, sehingga kini, mereka masih belum mengumumkan sebarang permainan dibawah mereka buat masa ini.

Bercakap mengenai industri permainan mudah-alih bersama Financial Times, Kaz Hirai mengatakan Sony sedang memfokuskan kepada arena permainan mudah-alih dengan lebih agresif – apatah lagi dengan kejayaan Nintendo dengan Pokemon Go baru-baru ini.

Kaz Hirai turut mengatakan perubahan yang berlaku juga sedikit besar, apatah lagi sebelum ini mereka hanya memfokuskan kepada konsol sahaja, dan kini turut memperluaskan untuk menyokong peranti mudah-alih.

Bercakap mengenai teknologi augmented reality, Kaz Hirai turut mengatakan mereka berminat untuk menambah sokongan tersebut pada permainan yang ditawarkan oleh mereka.

Sony dan Nintendo boleh dikatakan antara pengeluar konsol terkemuka dunia, tetapi mengambil sedikit masa yang lama untuk menyertai arena permainan mudah-alih. Buat masa ini, Sony masih tidak memberikan lagi tarikh untuk pengenalan permainan dibawah ForwardWorks – tetapi beberapa desas-desus mengatakan ia MUNGKIN diperkenalkan sekitar Tokyo Games Show kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Akan Lebih “Agresif” Dalam Arena Permainan Mudah-Alih"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info