Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Mendapat Pelepasan Khas Google Untuk Menggunakan Ikon Bateri Hijau Pada Note 7

Ikon bateri berwarna hijau ialah antara perubahan yang dilakukan oleh Samsung untuk menunjukkan Galaxy Note 7 dilengkapi dengan bateri baru yang tidak meletup. Ini ialah petanda fizikal pasal peranti selain kotak yang dilengkapi huruf S bersebelahan kod bar serta laman semakan IMEI. Penukaran ikon ini tidak boleh dilakukan sesuka hati oleh mereka. Hiroshi Lockheimer, Timbalan Presiden bahagian Android, Chrome OS dan Google Play Store mengesahkan Google memberikan pelepasan khas kepada Samsung untuk menggunakan ikon hijau ini.

 

 

Google mempunyai garis panduan antaramuka serta ikon yang perlu dipatuhi oleh semua pengeluar yang menggunakan sistem operasi Android. Penggunaan ikon bateri berwarna putih sahaja yang dibenarkan. Tetapi Google memberi pelepasan khas kepada Samsung kerana masalah bateri meletup yang heboh diperkatakan. Ikon hijau yang digunakan masih mempunyai garisan luar berwarna putih bagi memudahkan ia dilihat apabila di hadapan latak belakang berwarna hijau.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Mendapat Pelepasan Khas Google Untuk Menggunakan Ikon Bateri Hijau Pada Note 7"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info