Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Qualcomm Memfailkan Aduan Bagi Menghalang Import iPhone X Dan iPhone 8 Ke Amerika Syarikat

Perang dingin di antara Apple dan Qualcomm telah melarat menjadi insiden yang lebih besar. Semalam Apple telah memfailkan sama ke atas Qualcomm kerana dituduh mencuri teknologi pengurusan bateri mereka pada pemproses keluarga Snapdragon. Qualcomm kini bertindak memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa (ITC)  bagi menghalang pengimportan masuk iPhone X ke Amerika Syarikat.

Tiga tuntutan baru yang difailkan adalah berkenaan pelanggaran 16 paten milik Qualcomm yang dikatakan dilanggar oleh Apple dalam penghasilan iPhone X, iPhone 8 Plus dan iPhone 8. Antara paten yang dilanggar dikatakan adalah sistem pengesan kedalaman imej Qualcomm yang digunakan pada mod Portrait aplikasi kamera iPhone.

Sebelum ini Qualcomm turut memfailkan permohonan yang sama kepada ITC bagi mengalang pengimportan masuk iPhone 7 dan 7 Plus atas alasan yang sama.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Qualcomm Memfailkan Aduan Bagi Menghalang Import iPhone X Dan iPhone 8 Ke Amerika Syarikat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info