Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mesin Pencetak HP Kini Menghalang Penggunaan Dakwat Keluaran Pihak Ketiga

Dakwat mesin pencetak asli dijual pada harga yang lebih mahal berbanding mesin pencetak itu sendiri. Dari pengelaman peribadi kami pernah membeli sebuah mesin pencetak baru kerana dakwat ganti adalah jauh lebih mahal. Hewlett Packard kini menghalang penggunaan dakwat keluaran pihak ketiga pada mesin pencetak OfficeJet Pro dan Office Jet Pro mereka.

Ini dilakukan menerusi kemas kini firmware terkini. Menurut HP ini dilakukan untuk menjaga harta intelek rekaan dakwat dan menjamin inovasi syarikat mereka. Pencetak akan terlebih dahulu mengesan cip keselamatan khas yang digunakan pada dakwat sebelum membolehkan cetakan dilakukan. HP menegaskan mesin pencetak masih boleh menggunakan dakwat pihak ketiga asalkan ia dilengkapi cip keselamatan asli mereka. Kepada pengguna dakwat pihak ketiga yang jauh lebih murah ini pastinya berita yang kurang enak untuk didengari



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Mesin Pencetak HP Kini Menghalang Penggunaan Dakwat Keluaran Pihak Ketiga"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info