Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pemandu Teksi Berdemo Di Hadapan Pejabat Perdana Menteri Untuk Membantah Uber Dan Grab

Kerajaan sudahpun menegaskan mereka akan membenarkan operasi aplikasi perkongsian kereta seperti Uber dan Grab. Keputusan ini mendapat reaksi yang amat negatif dari pemandu teksi tetapi mendapat reaksi yang positif dari pengguna. Ini adalah kerana pengguna sudah cukup bosan dengan kerenah pemandu teksi yang enggan menggunakan meter. Semalam 100 pemandu teksi menganjurkan demo di hadapan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

demo-uber-teksi-2

Mereka memohon supaya yang berhormat Perdana Menteri untuk campur tangan di dalam isu yang melibatkan periuk nasi mereka. Selain berdemo mereka turut menyerahkan memorandum kepada pihak Perdana Menteri. Ini mungkin percubaan terakhir mereka untuk menghalang Uber serta Grab untuk beroperasi secara sah di Malaysia. Dato’ Seri Najib Razak amat terkenal dengan sikap mendengar keluhan rakyat. Pelbagai masalah negara berjaya diselesaikan beliau. Mungkin dengan campur tangan beliau kemelut teksi dan Uber sejak dua tahun kebelakangan ini akan berakhir.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pemandu Teksi Berdemo Di Hadapan Pejabat Perdana Menteri Untuk Membantah Uber Dan Grab"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info