Bateri lebih besar menjamin hayat penggunaan peranti yang lebih lama. Sungguhpun begitu masih ramai pengeluar menggunakan bateri yang agak kecil untuk peranti utama yang dilengkapi pemproses berkuasa mereka. Alcatel Pixi 4 Plus Power ialah peranti yang tidak percaya dengan konsep bateri kecil. Peranti yang baru dilancarkan ini dilengkapi bateri sebesar 5000 mAh dengan sistem pengecasan pantas.
Alcatel Pixi 4 Plus Power dilengkapi skrin 5.5″ HD, diperkasakan pemproses MediaTek, RAM sebesar 1 Gigabyte dan storan 8 Gigabyte. Penambahan storan menggunakan kad MikroSD sehingga 32 Gigabyte disokong. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 13-Megapixel dan kamera selfie 5-Megapixel. Sistem operasi Android Marshallow digunakan. Bilakah ia akan mula dijual serta harga masih belum diumumkan setakat ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Alcatel Pixi 4 Plus Power DIlancarkan Dengan Bateri 5000 mAh"