Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Maybank Kini Menyokong Samsung Pay Di Singapura

Maybank telah memperkenalkan Maybank Pay di Malaysia pada bulan lepas, dan kini, dalam usaha memudahkan lagi pengguna membuat pembayaran melalui peranti mudah-alih, Maybank telah bekerjasama dengan Samsung Singapura untuk sokongan melalui Samsung Pay.

Untuk makluman, Samsung Pay merupakan perkhidmatan pembayaran melalui peranti mudah-alih yang disediakan oleh Samsung, dan ditawarkan melalui sejumlah peranti mereka, termasuk telefon pintar dan jam tangan pintar.

Maybank Samsung Pay

Dengan kerjasama bersama pihak Maybank ini, ia membolehkan pengguna Maybank menggunakan kad kredit dan debit Maybank untuk menggunakan Samsung Pay dalam melakukan transaksi.

Disamping memudahkan lagi pembayaran, Maybank juga akan menawarkan beberapa promosi khusus seperti rebat tunai dan ganjaran tambahan untuk tempoh promosi pengenalan ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung Pay akan diperkenalkan di Malaysia secara rasminya. Menurut Samsung Malaysia, mereka menyasarkan untuk memperkenalkan ia di Malaysia menjelang penghujung tahun ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Maybank Kini Menyokong Samsung Pay Di Singapura"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info