Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Akan Mula Membuang Aplikasi Yang Tidak Dikemaskini Di AppStore

Aplikasi yang tidak dikemaskini dan tidak beroperasi dengan lancar merupakan salah satu perkara yang kurang digemari oleh para pengguna – disamping pada masa yang sama memberikan impak kepada sesuatu kedai aplikasi. Menyedari perkara ini, kini Apple telah mengumumkan kepada para pembangun, mereka akan mula membuang aplikasi yang diabaikan berkenaan bermula minggu hadapan.

Disamping daripada itu, Apple juga turut mengumumkan yang mana mereka akan mengehadkan nama aplikasi yang dihantar ke AppStore hanya terhad kepada 50 aksara sahaja.

Carian sesuatu aplikasi di AppStore boleh dikatakan sering gagal menghadirkan hasil yang diingini. Perkara ini sering membuatkan pembangun menyertakan pelbagai kata kunci utama pada nama aplikasi tersebut sendiri, sekaligus menjadikan nama sesuatu aplikasi sangat panjang. Langkah ini juga mungkin suatu yang baik kepada para pengguna – tetapi pada masa yang sama juga Apple perlu menambah-baik algoritma dan bagaimana hasil carian dikembalikan kepada pengguna.

Perubahan ini dilakukan oleh Apple bersempena dengan persediaan untuk pelancaran iOS 10 yang dijangka akan dilakukan bersama-sama pengumuman iPhone baru kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Apple Akan Mula Membuang Aplikasi Yang Tidak Dikemaskini Di AppStore"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info