Pada Samsung Galaxy S6 dan juga Galaxy S6 Edge, pihak Samsung telah menyertakan sokongan Theme Store, membolehkan pengguna untuk memuat-turun pelbagai jenis tema, dan mengubah paparan peranti mengikut kegemaran para pengguna.
Ini sekaligus membawa kepada pembangun bebas untuk hadir dengan tema mereka tersendiri, dan salah satu tema yang dinantikan ramai, iaitu tema stock Android turut diterbitkan hari ini, dibawah nama Material Theme.
Melalui Material Theme untuk Samsung Galaxy S6 dan juga Galaxy S6 Edge, ia membawakan paparan Android asli lebih kurang sama seperti pada peranti Nexus. Selain daripada gambar latar, ia turut membawakan paparan notifikasi, quick-settings serta ikon menyerupai tema asal Android.
Bagi anda yang mencintai tema asal Android, dan ingin menggantikan TouchWiz pada Samsung Galaxy S6/Galaxy S6 Edge, anda boleh memuat-turun tema ini secara percuma daripada Theme Store pada peranti anda hari ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengguna Samsung Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge Kini Boleh Muat-Turun Tema Asal Android – Material Theme"