Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo Joy 3 Diperlihatkan – Peranti Kelas Permulaan Dengan Binaan Logam

Oppo hari ini memperlihatkan sebuah lagi peranti keluaran mereka. Kali ini peranti kelas permulaan dilancarkan iaitu Oppo Joy 3. Peranti berskrin 4.5″ IPS LCD (854 x 480 pixel) ini diperkasakan pemproses 1.3 GHz empat teras Mediatek 6582, RAM 1 Gigabyte dan muatan dalaman 4 Gigabyte (dengan sokongan MikroSD). Kemampuan kamera juga rendah iaitu 5 Megapixel pada bahagian belakang dan 2 Megapixel pada bahagian hadapan. Rakaman video terhad kepada 720P pada kamera utama dan 480P pada kamera hadapan.Ia turut dilengkapi bateri 2000 mAh.

Tiada maklumat mengenai harga jualan dan bilakah ia akan memasuki pasaran tempatan buat masa ini. Apa yang kami tahu ialah ia mempunyai kemasan logam dan menggunakan Android 4.4 dengan antaramuka Color OS 2.0.

 

Oppo-Joy-3



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Oppo Joy 3 Diperlihatkan – Peranti Kelas Permulaan Dengan Binaan Logam"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info