Sistem pembayaran Samsung Pay akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia selepas memulakan ujian Beta sejak Oktober tahun lalu. Melalui Samsung Pay, kad kredit fizikal Mastercard atau Visa boleh digantikan dengan peranti pintar di tangan pengguna.
Bank yang menyokong Samsung Pay bermula hari ini ialah Maybank, CIMB, Citibank dan Standard Chartered. Sokongan dari Hong Leong Bank akan hadir dalam masa terdekat. Kesemua bank yang disenaraikan menyokong penggunaan kad kredit. Cuma Maybank yang menyokong kad debit dan pra-bayar buat masa ini.
Samsung Pay buat masa ini hanya hanya disokong oleh beberapa peranti tertentu keluaran Samsung iaitu Galaxy S7, S7 Edge, S6 Edge+, Note 5, Galaxy A5 (2016,2017) dan Galaxy A7 (2016,2017).
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Pay Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia"