Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Menyiasat Kejadian Letupan Yang Melibatkan Sebuah iPhone 7

Kes letupan melibatkan peranti menjadi topi hangat secara harfiah tahun lalu. Nama baik Samsung terjejas teruk selepas Galaxy Note 7 terpaksa ditarik dari pasaran akibat masalah letupan yang kronik akibat kecacatan pada rekaan bateri yang digunakan. Minggu ini sebuah iPhone 7 meletup dan video menjadi tular di media sosial.

Kejadian letupan melibatkan peranti yang dimiliki oleh  Brianna Olivas yang tinggal di Amerika Syarikat, Menurut beliau iPhone 7 beliau meletup dan berasap secara rawak ketika beliau sedang tidur. Brianna menegaskan pengecas rasmi digunakan oleh beliau sejak peranti dibeli dan peranti hanya mengalami sukar untuk dihidupkan sebelum kejadian berlaku. Pihak Apple segera memberikan peranti gantian dan melakukan siasatan rasmi terhadap insiden ini. Keputusan mungkin akan diketahui dalam masa seminggu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Apple Menyiasat Kejadian Letupan Yang Melibatkan Sebuah iPhone 7"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info