Civilisation ialah permainan aneh yang kami temui pada tahun 2002. Pada awalnya ia kelihatan seperti sebuah permainan turn based yang bosan kerana tiada aksi menarik serta grafik yang agak buruk. Tetapi apabila anda mula memainkannya, anda akan menjadi ketagih. Pada waktu yang sama Civilisation mengajar sejarah peradaban manusia dan pemain akan menyedari mengapa tamadun jatuh serta bangun.
Civilisation VI akan mula dijual pada 21 Oktober hadapan akan meneruskan siri simulasi sejarah yang terbaik di dunia. Spesifikasi PC untuk permainan ini baru sahaja diumumkan dan menarik sekali ia adalah agak rendah. Anda hanya memerlukan sebuah Intel Core i5 dan GTX770 untuk memainkannya pada tetapan tinggi. Sudahkah anda bersedia untuk maraton Civilisation VI sepanjang malam?
Spesifikasi Civilisation VI | ||
---|---|---|
Pemproses Paling Minimum | Intel Core i3 2.5 Ghz
AMD Phenom II 2.6 Ghz |
|
Pemproses Disarankan | Intel Core i5 2.5 Ghz Genarasi ke-empat
AMD FX8350 4.0 Ghz |
|
Kad Grafik Paling Minimum | Nvidia GeForce GT 450
AMD Radeon HD 5570
|
|
Kad Grafik Disarankan | Nvidia GeForce GTX 770
AMD Radeon HD 7970 |
|
RAM Paling Minimum | 4 GB | |
RAM Disarankan | 8 GB | |
Ruang Pemasangan | 12 GB | |
Sistem Operasi | Windows 7 64bit / 8.1 64bit / 10 64bit |
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Spesifikasi PC Untuk Civilisation VI Diumumkan"