Di Malaysia Uber masih mengalami masalah tentang status operasinya. Pemandu teksi berkeras kewujudan mereka dan perkhidmatan perkongsian kereta yang lain adalah seperti menabur pasir ke dalam periuk nasi mereka. Malahan PERS1M bercadang untuk mogok selama seminggu sekiranya kerajaan berkeras membenarkan Uber dan Grab beroperasi secara sah di Malaysia.
Di Pittsburgh Amerika Syarikat, Uber mengumumkan mereka akan memulakan operasi kenderaan panduan automatik dengan kerjasama Volvo. Kereta Volvo XC90 akan dilengkapi sistem panduan automatik rekaan Uber akan memulakan operasi di kota ini bagi menguji kebolehgunaannya di dunia sebenar. Sepanjang tempoh ujian seorang pemandu manusia akan diletakkan di belakang stereng bagi memastikan keselamatan pengguna. Mereka berharap menjelang penghujung 2016, 100 kenderaan panduan automatik akan dapat diuji.
Volvo dan Uber membelanjakan $300 Juta bagi membiayai projek ini. Menjelang 2012 pula kenderaan panduan automatik Volvo dijangka akan memasuki pasaran. Pemandu teksi di Malaysia risau Uber akan menggantikan mereka. Mungkin di masa hadapan giliran pemandu Uber sedia ada pula risau mereka digantikan perisian pemanduan automatik.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Uber Memulakan Operasi Kenderaan Panduan Automatik Akhir Bulan Ini"