Selepas pelbagai desas-desus sebelum ini, hari ini Sony secara rasminya mengumumkan penawaran PlayStation Now untuk komputer berasaskan sistem operasi Windows. Ini sekaligus memberikan akses kepada lebih 400 permainan untuk dimainkan pada PC – termasuk permainan eksklusif PlayStation.
Bagi yang tidak mengenali akan PlayStation Now, ia merupakan perkhidmatan berasaskan awan daripada Sony, yang membolehkan pengguna membuat bayaran langganan untuk mengakses permainan berkenaan. Buat masa ini, perkhidmatan ini hanya ditawarkan di beberapa buah negara sahaja, dan masih belum hadir untuk pasaran Malaysia sehingga kini.
Untuk makluman, peranti bukan PlayStation yang ingin mengakses PlayStation Now akan memerlukan alat-kawalan khusus iaitu DualShock 3 atau 4 untuk menikmati permainan ini. Sony mengatakannya ia diperlukan dalam memberikan pengalaman permainan yang baik kepada pengguna – memandangkan pelbagai permainan melalui awan berkenaan dioptimasikan khusus untuk alat kawalan berkenaan.
Disebabkan oleh itu, dengan pengumuman PlayStation Now untuk Windows, pihak Sony turut memperkenalkan DualShock 4 USB Wireless Adaptor. Ia bakal ditawarkan bermula awal September ini dan digunakan bersama pada PC atau Mac.
Buat masa ini, pihak Sony masih tidak berkongsi akan bilakah PlayStation Now akan diperluaskan untuk pasaran tempatan – ataupun sekitar Asia.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Mengumumkan PlayStation Now Untuk PC Dan Juga DualShock 4 USB Wireless Adaptor"