Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Mengumumkan Pixel C – Tablet Android Dengan Papan Kekunci Boleh Ditanggalkan

Dengan pelbagai pengumuman produk baru, Google turut mempunyai kejutan mereka tersendiri dengan memperkenalkan peranti baru dibawah keluarga Pixel, dinamakan sebagai Pixel C. Pixel C dijana menggunakan Android, dan merupakan tablet yang dibangunkan sepenuhnya oleh Google.

Google Pixel C

Pixel C merupakan tablet bersaiz 10.2-inci, yang hadir dengan papan kekunci yang boleh ditanggalkan atau dihubungkan – serta menggunakannya sebagai komputer, lebih kurang seperti Surface.

Google mengatakan mereka telah mengoptimasikan dari segi perisian, menjadikan antaramuka dan penggunaan input berubah apabila papan kekunci dihubungkan dan sebaliknya.

Google Pixel C

Google Pixel C

Google Pixel C

Dengan menggunakan jenama Pixel, ia menawarkan kualiti binaan yang baik dan kukuh – serta lebih memfokuskan kepada penawaran premium. Pixel C dijana dengan cip NVIDIA X1 serta GPU Maxwell, memori 3GB RAM, dan menggunakan penghubung berasaskan USB Type-C. Tablet ini menjalankan Android 6.0 Marshmallow.

Pixel C akan dijual pada harga $499 (~RM2225) yang hadir dengan storan 32GB, sementara papan kekunci tambahan untuknya dijual pada harga $149 (~RM664).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Mengumumkan Pixel C – Tablet Android Dengan Papan Kekunci Boleh Ditanggalkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info