Minggu lagi Xiaomi Redmi Pro dilancarkan secara rasmi dan ramai di kalangan pembaca Amanz merungut kerana ia menggunakan pemproses MediaTek Helio X25. Pemproses 10 teras ini cukup berkuasa tetapi nampaknya anda semua lebih menggemari pemproses keluaran Snapdragon. Hari ini rekaan sebuah peranti dikatakan Redmi Pro Mini tertiris dan ia menggunakan pemproses Snapdragon 652.
Sesuai dengan nama mini, peranti ini turut mempunyai skrin yang lebih kecil iaitu 5.2″ berbanding 5.5″ pada Redmi Pro. Pilihan RAM pula sama iaitu 3 ataupun 4 Gigabyte. Sistem dwi-kamera juga tidak disertakan sebaliknya hanya mempunyai sebuah kamera 13 Megapixel pada bahagian belakang. Bateri pula sebesar 4000 mAh. Dari segi harga pula ia dijual pada harga bermula RMB 1499 (~RM 914). Sejauh manakah kebenaran kewujudan peranti ini masih belum diketahui tetapi kami percaya pasti ramai yang lebih teruja dengan versi ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rekaan Xiaomi Redmi Pro Mini Tertiris – Menggunakan Snapdragon 652"