Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Gear S3 Diperkenalkan Dengan Integrasi GPS

Hari ini bersempena dengan IFA 2016, pihak Samsung turut mengambil peluang untuk memperkenalkan produk baru mereka, iaitu sebuah jam tangan pintar baru dengan rekaan muka bulat, dan dinamakan sebagai Gear S3.

Samsung Gear S3 meneruskan tradisi Gear S2, dan menawarkan rekaan yang premium, selain dijana menggunakan sistem operasi Tizen. Samsung menawarkan dua variasi jam tangan pintar mereka, iaitu Gear S3 Frontier dan juga Gear S3 Classic.

Samsung Gear S3

Gear S3 Frontier menawarkan rekaan rugged dan lebih ditujukan kepada mereka yang inginkan gaya dan pada masa yang sama mengakses pelbagai ciri-ciri pintar melaluinya. Sementara Gear S3 Classic menawarkan rekaan minimalis dan memfokuskan kepada gaya elegan.

Gear S3 hadir dengan muka jam bulat, dan turut menyertakan sokongan kalis air IP68, integrasi sokongan LTE, dan turut menyertakan speaker dan juga GPS terbina. Pengguna turut boleh menggunaaknnya untuk melakukan pembayaran melalui jam tangan pintar ini.

Samsung Gear S3

Samsung Gear S3

Melengkapkan jam tangan pintar ini juga adalah skrin Corning Gorilla Glass SR+ yang menawarkan ketahanan lebih kepada calar, disamping menawarkan paparan yang jelas. Samsung turut mengintegrasikan teknologi Always On Display pada jam tangan pintar ini.

Dari segi spesifikasi, jam tangan pintar ini hadir dengan skrin 1.3-inci Super AMOLED pada resolusi 360×360, cip pemprosesan dwi-teras 1.0GHz, memori 768MB RAM dan ruangan storan 4GB.

Semua aplikasi pada Gear S2 turut boleh digunakan pada Gear S3 ini. Samsung masih tidak mengumumkan harga jualannya buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Gear S3 Diperkenalkan Dengan Integrasi GPS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info