Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Corning Memperkenalkan Gorilla Glass SR+ Khusus Untuk Peranti Boleh-Pakai

Corning Gorilla Glass merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena skrin untuk peranti mudah-alih. Malah, terdapat beberapa pengguna yang mencari peranti dengan skrin berkenaan disebabkan penawaran yang tahan calar dan kukuh berbanding beberapa skrin lain tanpa teknologinya.

Terkini, Corning turut memperluaskan penawaran mereka untuk peranti boleh-pakai, dan telah memperkenalkan Gorilla Glass SR+. Dan peranti pertama yang hadir menggunakannya adalah Samsung Gear S3.

Corning Gorilla Glass SR+

Seperti pada peranti mudah-alih, skrin ini menawarkan sokongan tahan calar – dan dikatakan 70% lebih tahan impak berbanding kaca skrin lain pada jam tangan pintar dan peranti boleh-pakai.

Disamping itu, ia juga dikatakan menawarkan kemudahan untuk membaca skrin pada cahaya cerah ketika berada diluar, disamping pengoptimasian penggunaan bateri.

Dengan pengenalan Corning Gorilla Glass SR+ ini, kita mungkin akan melihat pelbagai jam tangan pintar generasi baru akan hadir menggunakannya – sekaligus menawarkan ketahanan yang lebih baik berbanding sebelum ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Corning Memperkenalkan Gorilla Glass SR+ Khusus Untuk Peranti Boleh-Pakai"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info