Meizu merupakan salah satu syarikat pengeluar telefon pintar yang semakin popular akhir-akhir ini. Mereka telah memperluaskan penawaran ke pasaran tempatan pada tahun lepas, selain turut bekerjasama dengan Canonical untuk beberapa produk akan datang.
Terkini, ia dilaporkan Alibaba akan membuat pelaburan pada syarikat pengeluar telefon pintar tersebut sebanyak $590 juta. Melalui pelaburan ini, ia dijangka akan menguntungkan kedua-dua pihak, dimana Meizu akan menerima duit untuk meneruskan pembangunan dan memperluaskan penawaran mereka, sementara Alibaba akan mempunyai akses kepada pengeluar peranti selain pada masa yang sama membolehkan mereka mempunyai rakan kerjasama dalam memasarkan sistem operasi yang dibangunkan oleh mereka tersendiri.
Sehingga kini, Meizu bukanlah suatu jenama yang mempunyai angka pengguna yang tinggi jikalau dibandingkan dengan Huawei, Lenovo dan Xiaomi daripada China. Tetapi, dengan suntikan dana pelaburan ini, ia tidak mustahil untuk Meizu turut memberikan saingan sihat dalam arena peranti pintar yang semakin sengit dari hari ke hari.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gergasi E-Dagang China, Alibaba Melabur Pada Pengeluar Telefon Pintar – Meizu"