Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kerajaan Akan Meneliti Keperluan Robot Untuk Polis

Dengan era moden masa kini, pelbagai teknologi digunakan dalam memudahkan tugasan dan memastikan keselamatan – termasuk dalam keselamatan dalam negeri. Pihak Polis Diraja Malaysia sedia mempunyai Unit Drone tersendiri, dan terkini kerajaan telah menerima cadangan daripada Ketua Polis Negara untuk menambah-baik PDRM dengan menggunakan robot dan dron.

Robot dan dron membolehkan beberapa tugasan dilakukan dengan lebih efisyen dan pantas berbanding kebiasaannya. Sebagai contoh, pihak polis boleh menggunakan dron untuk meronda kawasan perumahan ataupun ketika sesuatu perhimpunan – dan memasang kamera dengan sokongan pengecaman wajah bagi mengenal-pasti wajah penjenayah sekaligus memberikan notifikasi kepada polis.

Selain di Malaysia, beberapa negara lain turut telah mula mengimplementasikan penggunaan dron dalam badan berkuasa. Ini dikatakan akan menyumbang kepada penambah-baikkan penguat-kuasaan undang-undang, disamping mengurangkan kesilapan yang mungkin dilakukan manusia.

Bercakap mengenai cadangan dalam menggunakan dron dan robot pada era kepolisan moden ini, kerajaan mengatakan mereka telah menerima cadangan, dan akan meneliti semua aset yang diperlukan dalam perlaksanaan – termasuk tertakluk kepada kelulusan dan bajet daripada Kementerian Kewangan.

The post Kerajaan Akan Meneliti Keperluan Robot Untuk Polis appeared first on Amanz.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kerajaan Akan Meneliti Keperluan Robot Untuk Polis"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info