Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Volvo Menjanjikan Kenderaan Kalis Maut Menjelang 2020

Ajal maut di tangan Tuhan dan kita tidak mengetahui bilakah kita akan dipanggil semula untuk mengadap yang esa. Tetapi sebagai manusia kita akan sentiasa mencuba untuk mengurangkan risiko yang boleh membawa kepada kematian. Antara sebab utama kematian ialah kemalangan jalan raya. Teknologi keselamatan kenderaan sekarang sudah cukup maju untuk mengelakkan kematian akibat kemalangan. Oleh sebab itu Volvo menjanjikan kereta dan juga SUV mereka akan menjadi kenderaan kalis maut seawal 2020.

Volvo-Kalis-Maut

Di Amerika Syarikat sekarang terdapat 9 kenderaan yang sudahpun boleh diklasifikasikan sebagai kenderaan kalis maut. Tidak ada seorang individu meninggal dunia di dalam kenderaan-kenderaan ini tahun lalu selepas terlibat di dalam kemalangan. Volvo XC90 ialah salah satu dari kenderaan ini. Kerana yakin dengan kemampuan teknologi mereka inilah Volvo menjanjikan kesemua kenderaan buatan mereka akan mampu mengelakkan kematian dari berlaku. Antara teknologi yang telahpun digunapakai ialah kawalan cruise control automatik yang melaras kelajuan secara automatik, sistem stereng automatik yang memastikan kenderaan kekal pada lorong sepanjang masa dan sistem mengelak haiwan yang melintas jalan raya secara mengejut.

Volvo adalah syarikat pertama yang memasang tali pinggang keledar sebagai standard bagi mengelakkan kecederaan teruk apabila kemalangan. Mereka juga mereka inovasi lain seperti beg udara hentakan sisi. Kami tidak akan terkejut sekiranya kenderaan kalis maut ini mampu dihasilkan. Tetapi di akhir hari sekiranya Izrail mencabut nyawa tidak ada apa yang boleh kita lakukan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Volvo Menjanjikan Kenderaan Kalis Maut Menjelang 2020"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info