Sembang Maniac

Sembang-sembang je

WhatsApp Kini Memudahkan Anda Merakamkan Mesej Suara Jikalau Panggilan Suara Tidak Dijawab

WhatsApp telah memperkenalkan sokongan panggilan suara sejak daripada tahun lepas, membolehkan pengguna membuat panggilan antara rakan-rakan dengan mudah. Namun, kadang-kala penerima panggilan tidak boleh menjawab panggilan, dan ia mengambil langkah tambahan untuk anda menghantar mesej bersuara.

Terkini, melalui kemaskini WhatsApp terbaru, pihak WhatsApp dilihat menyertakan fungsi untuk pengguna terus merakamkan mesej suara sekiranya sesuatu panggilan tersebut tidak dijawab.

WhatsApp Call

Pengguna boleh terus merakamkan mesej suara mereka melalui tetingkap sama, dan ia akan dihantar kepada penerima serta-merta melalui tetingkap chat.

Fungsi ini sedang diuji pada peringkat beta di Android buat masa ini, dan mungkin diperkenalkan kepada semua dalam masa terdekat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "WhatsApp Kini Memudahkan Anda Merakamkan Mesej Suara Jikalau Panggilan Suara Tidak Dijawab"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info