Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor Bakal Hadir Dengan Phablet Tersendiri, Dinamakan Honor Note 8

Nama Note sedia sinonim dengan peranti bersaiz besar atau phablet. Perkataan tersebut telah dipopularkan oleh Samsung sebelum ini, dan sejak daripadanya pelbagai pengeluar turut telah hadir dengan peranti bersaiz besar dan ada beberapa yang menggunakan penjenamaan Note.

Terkini, Honor dilihat akan hadir dengan Note mereka tersendiri. Melalui beberapa teaser yang hadir ke arena web, ia dilihat Honor akan memperkenalkan Honor Note 8 dalam masa terdekat.

Honor Note 8

Melalui apa yang hadir melalui TENAA, Honor Note 8 dilihat akan menyertakan skrin bersaiz 6.6-inci dengan paparan resolusi 2560×1440 pixel, dijangka menggunakan cip pemprosesan Kirin 950, memori 4GB RAM, dan bateri berkapasiti 4400mAh. Honor Note 8 ini turut dijangka menggunakan kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan 8-megapixel.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah Honor akan memperkenalkan Honor Note 8 ini secara rasminya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor Bakal Hadir Dengan Phablet Tersendiri, Dinamakan Honor Note 8"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info