Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lubang Ozon Semakin Pulih 30 tahun Selepas Perjanjian Montreal

Lubang pada lapisan ozon tiga puluh tahun dahulu menjadi bualan dunia. Kalau anda membaca akhbar pada waktu tersebut ia dipenuhi senario pasca apokalips dimana dunia dipenuhi pesakit kanser kulit dan paras air naik. Grafik gambar kota utama dunia tenggelam boleh dilihat. Dunia perlu bertindak pantas sebelum situasi menjadi semakin teruk. Chlorofluorocarbon (CFC) dipersalahkan kerana mengakibatkan ozon rompong.

Lapisan-Ozon-1

Perjanjian Montreal ditandatangani pada tahun 1987. Menerusi perjanjian ini penggunaan CFC akan dihentikan oleh kesemua negara dunia bagi menyelamatkan lapisan ozon. CFC digantikan dengan Hydrofluorocarbons (HFC) yang tidak mengandungi klorin yang menerobos ozon. Selepas 30 tahun, lapisan ozon menunjukkan pemulihan. Lubang ozon didapati mengecil sebanyak empat juta kilometer persegi jika dibandingkan dengan ukuran terbesar lubang yang diambil pada tahun 2000.

Ini ialah bukti bumi masih boleh dirawat sebelum mengalami kehancuran total. Kesannya mungkin tidak akan dinikmati oleh kita tetapi dirasai generasi hadapan. Oleh sebab itu usaha mengurangkan penggunaan kenderaan bahan api fosil sekarang harus dipandang serius.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Lubang Ozon Semakin Pulih 30 tahun Selepas Perjanjian Montreal"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info